Daripada catatan Kamu Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan,peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab,bersopan-santun dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa,perkataan tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atauMadana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal,membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran.
Dari perspektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satusistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaranatau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi,sistem politik, pengetahuan dan seni.
Dari perspektif Islam pula, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun ituialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilaikeperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik,kesusasteraan dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN-TAMADUN UTAMA DUNIA
- Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada tanah lanar yang rata dan mempunyai tanih yang subur yang amat sesuai untuk pertumbuhan.Penduduk-penduduk prasejarah hidup semata-mata bergantung kepada keadaanalam sekitar. Oleh itu, bentuk muka bumi yang strategik dan terdiri daripada tanihyang subur telah banyak membantu mereka menghasilkan makanan daripadasumber alam dan kemudian berkembang sehingga mereka mengetahui carabercucuk tanam yang dapat menghasilkan makanan untuk sara diri dan kemudianberkembang ke arah bertamadun. Penghasilan makanan yang banyak dalamsesuatu tempat tertentu telah menyebabkan pertambahan penduduk danmenyebabkan tempat itu berkembang menjadi sebuah bandar kecil. Sebagaicontoh, tanah loes di Lembah Hwang-Ho dan tanah lanar di Lembah Sungai Nil yangamat subur untuk menjalankan kegiatan pertanian telah berkembang menjadiperkampungan yang kecil.
- Lembah sungai
Sungai adalah salah satu faktor yang penting bagi kemunculan tamadun awal.Orang pra sejarah biasanya bertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sungaiyang mempunyai sumber perairan yang baik. Hal ini adalah kerana kehidupanseharian manusia sejak awal lagi tidak dapat berpisah dengan air. Oleh itu, kawasantepi sungai telah menjadi tumpuan penduduk pra sejarah awal. Sungaimenyediakan air untuk tanaman khususnya kepada mereka yang mengetahui carabercucuk tanam. Sungai juga menjadi sumber makanan yang utama kerana didalam sungai terdapat habitat ikan dan mereka dapat menjalankan kegiatanpenangkapan ikan di situ. Sungai juga menjadi alat perhubungan bagi penduduk prasejarah dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada batang-batang kayuyang berongga untuk dijadikan sebagai pengangkutan air dan mereka yangmengamalkan sistem barter dapat berhubung antara satu sama lain untukmenjalankan aktiviti pertukaran barang.
- Iklim
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan mempunyai iklim yangsesuai. Dengan adanya iklim yang sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumbermakanan khususnya pertumbuhan tumbuhan. Iklim yang sesuai menggalakkantumbuhan dapat bertumbuh dengan subur dan haiwan juga dapat melakukanpembiakan dalam keadaan yang baik. Dengan itu, habitat haiwan tidak akanmenjadi pupus dan manusia dapat memperolehi sumber makanan yang banyakdaripada binatang dan tumbuhan liar. Tamadun awal bermula di kawasan iklim yangberhawa sederhana, contohnya seperti di Asia Barat yang beriklim kering telahmenyebabkan hutan terbakar dan tidak dapat bertamadun dan kehidupan anginkering di Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh dengan cepat.
- Pertambahan penduduk
Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secaraberansur-ansur. Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulankecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusiasemakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan besar danpenempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam,menternak, membuat alat-alat senjata dan sebagainya. Kemajuan tamadunberterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi danberkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seseorang ketua dengansistem pentadbiran dan perundangan yang tersusun serta sistem sosial yangteratur. Dengan pertambahan penduduk yang pesat wujud sebuah masyarakat yanglebih dinamik atau berdaya maju. Penduduk-penduduk dapat melahirkan idea-ideadan ciptaan baru dengan menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikardengan lebih bermutu dan cepat. Mereka mula mengamalkan pengkhususan kerjadengan menunjukkan kemahiran dalam menenun kain daripada bulu binatang dangentian tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Mereka juga pandaimenganyam bakul dan membuat barang-barang tembikar.
- Kemajuan perlindungan
Menurut ahli-ahli sejarah tamadun manusia yang terawal muncul di lembah-lembahsungai kerana ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasanpetempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dankawasan tinggi menjadikan ia selamat kerana kawasan-kawasan tersebut bolehmengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar. Empat tamadun terawalyang wujud di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah SungaiIndus dan Tamadun Hwang-Ho di Lembah Sungai Kuning. Tamadun-tamadun inibermula sebagai perkampungan kecil kemudian berkembang dengan pesat menjadinegara-negara kota yang lebih besar dan kompleks.
- Kemajuan teknologi
Satu lagi faktor perkembangan tamadun awal ialah dengan adanya kemajuanteknologi seperti penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar. Mereka pandaimembuat barang-barang tembikar daripada tanah-tanih yang kering. Alat-alattembikar digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Merekamenggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dancepat. Baka-baka baru tanaman yang dicipta membolehkan lebih banyak tanamandihasilkan. Kewujudan sistem pengairan yang maju turut membantu kegiatanpertanian dapat menghasilkan jasil yang berlipat ganda. Roda telah dicipta untukmempercepatkan perjalanan dan memudahkan pergerakan. Di Sungai Hwang-Ho,tembok telah dibina untuk menghalang banjir.
- Perkembangan agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatutamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan jugabertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembanganagama dan kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan kepercayaananimisme dan berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap bendamempunyai roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam sepertibanjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telahmenjadi satu amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik.Kepercayaan yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhalauntuk mendapatkan perlindungan.
http://hiddenpasthistory.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment