PRINSIP ASAS TAMADUN ISLAM
- Sosioekonomi
- Prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik berdasarkan pengertian 'badarah' yang bemaksud kehidupan manusia yang menetap.
- Menurut Wan Abdul Rahman Latif, kehidupan secara sistematik dapat mengerakkan pertumbuhan ekonomi sehingga membawa perubahan kepada bilangan penduduk, sistem sosial, pengkhususan kerja dan sebagainya.
- Interaksi Manusia dan Alam
- Kehidupan manusia dengan diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain. Paling minimum manusia memerlukan ibu dan bapa, atau seorang teman.
- Interaksi dengan alam harus dibudayakan secara kolektif kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar untuk dinisbahkan kepada sesebuah masyarakat.
- Pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha dan pengalaman yang terhasil daripada interaksi manusia dengan alam membawa manusia memahami kejadian alam seterusnya membawa kepada kelahiran tamadun.
- Daya Kreatif Manusia
- Sebagai contoh, manusia melihat tindak-tanduk haiwan di sekelilingnya mengurus kehidupan seperti mencari makanan, mencari tempat perlindungan membolehkan manusia berfikir untuk membuat perkara yang sama dengan lebih sistematik dan kreatif.
- Hakikatnya, manusia dibekalkan dengan akal fikiran dan pancaindera untuk berfikir dan mencari penyelesaian daripada maklumat yang diperoleh. Pengalaman manusia berinteraksi dengan alam mengajarnya menjadi kreatif.
- Persaingan Manusia
- Antara faktor yang mempengaruhi kehendak manusia ialah peningkatan usia, perubahan psikologi dan perubahan cara hidup.
- Dalam memenuhi kehendaknya, manusia perlu berdepan dengan dua batasan iaitu keupayaan diri yang dimiliki dan juga sumber yang diperlukan.
- Faktor ini menyebabkan manusia terpaksa bersaing lalu membawa kepada perkembangan yang positif.
- Peminjaman Kepakaran
- Kerana memiliki keupayaan diri, manusia memerlukan pertukaran bantuan dan kerjasama.
- Sebagai contoh peminjaman perkataan 'tamadun' daripada bahasa Arab kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam bahasa dan pemikiran orang melayu.
- Berdasarkan pandangan Ibnu Khaldun, manusia secara semulajadi dilahirkan dengan sifat madani. Perkongsian idea dan kepakaran dapat menjimatkan tenaga, jarak dan masa. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak dinafikan dapat membawa kepada ancaman dan pertembungan akibat daripada perbezaan yang sukar untuk disatukan.
No comments:
Post a Comment