Latar
Belakang Tamadun
Tamadun
China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian
selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan
Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu
peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221
S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M..
Maharaja Shih
Huang Ti merupaka
n
pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya
hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan
takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman
empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan
di bawah sebuah pentadbiran pusat.
Huang Ti merupaka
n
pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya
hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan
takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman
empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan
di bawah sebuah pentadbiran pusat.
Peningkatan
Tamadun
Secara
umumnya, peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia
menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam
persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks.
Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan
idea-idea baru dalam memajukan dan meningkatkan cara hidup. Kemajuan
tamadun dapat diukur melalui pencapaian menusia dalam tiga aspek
utama, iaitu Peningkatan
Politik,
Peningkatan
Ekonomi
dan Peningkatan
Sosial.
Peningkatan
Ekonomi
Dalam
bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah
diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk
membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta
sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song,
Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan
alat kegunaan pertanian. Sistem penenaman secara bergilir telah
diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah
ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan
seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber
air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah
diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina.
Perusahaan logam dan perusahaan
tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil
perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan Barat.
Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera
Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Buktinya
terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di
kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah
didagangkan.
Hasil perusahaan China itu bukan
sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China
sendiri. Di negeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa
kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan
ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sisitem
perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat
pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.
Peningkatan
Politik
Pemerintahan
dan Pentadbiran
Dalam
tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk
sistem feudal kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman
Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M.. Pada masa ini, konsep raja
telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja
membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam
yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka
yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat
oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon
Kao Tsu. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian
mereka dalam peperiksaan awam. Sistem
ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti
lain. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi
Huang Ti.
Han
Fei Tzu
Dalam
tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama,
iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini
adalah daripada falsafah legalisme. Undang-undang ini telah
digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei
Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut,
undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku
manusia. Dalam
menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan.
Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam
apa jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar
manusia, dan dengan sebab itu raja mestilah memiliki kuasa yang utuh.
Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan
undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada
zaman selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M..-8S.M.
Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan
menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat.
Dalam
Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran
empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih
Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di
China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan
mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan
dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi
mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau
telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.
Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti
dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan
Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah
berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang
besar dan kuat. Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah
Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan
Kwang Tung di selatan. pada zamannya, pengaruh China telah tersebar
ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China
telah berjaya diwujudkan.
Peningkatan Sosial
Pendidikan
Dalam
tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan
kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus
peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu
peedidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah
rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal
tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami
maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan
dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk
menterjemah buku suci.
Pendidikan di China lebih terjurus
kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi
tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan
tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama,
tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan
doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini.
Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu
kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di
istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau
ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah
ketiga pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga,
diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang
tertua di dunia.
Tembok
Besar China
Tamadun
China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada
tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah
Tembok Besar China. Tembik ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan
telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang
1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China
purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juda dibina dengan
rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok di kawasan bandar
lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di
kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah
limpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi
oleh parit yang besar dan menara.
Kawasan di dalam
tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana
maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Istana
ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai
balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada
beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu
dan pusat pemujaan. Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil
yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat.
Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau
bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat
Sumbangan
Tamadun
Kertas pertama di dunia
Teknologi pembinaan seperti yang
digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang
dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber
contoh seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat
kertas dan tembikar.
Mercun
Semasa Dinasti Tang, mercun talah
diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu
perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk
peperangan.
Kompas
Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.
Setiap tamadun juga meninggalkan hasil
sastera yang masih dibaca dan dujadikan rujukan hingga ke hari ini.
Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamdun China meninggalkan
rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan
matlumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah.
Confuicius
Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.
Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.
Lao Tze
Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.
TAMADUN
CHINA
Sistem Ekonomi Sara
Diri
Pada zaman Dinasti Shang,
ekonomi secara keseluruhan masih primitif. Alat pertanian seperti
cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan diadakan tetapi
skalanya kecil. Sekoi merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga
terlibat dalam penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan
lembu secara besar-besaran dalam upacara pengebumian.
Pada zaman Dinasti Chou,
satu sistem yang dipanggil well-field system dilaksanakan. Di bawah
sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8 bahagian diusahakan
oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada
pemerintah. Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari
segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada
batu dan kayu.
Selepas Dinasti Chou,
ekonomi sara diri masih diamalkan oleh penduduk tetapi pertanian
secara ekstensif telah mula diusahakan.
Sistem Ekonomi
Komersil
Pada abad ke-7, alat
pertanian yang dibuat daripada besi mula diperkenalkan. Penggunaannya
dalam pertanian bertanggungjawab dalam penghasilan tanaman yang
banyak. Selain itu, sistem pembajakan yang menggunakan binatang juga
dimulakan. Penggunaan alat besi juga telah memperluaskan sistem
pengairan dan kawalan air boleh dilakukan dengan berkesan. Salah satu
contoh projek pengairan ialah projek pengairan Chengtu di Szechuan.
Selain pertanian, barang kraftangan seperti sutera juga dihasilkan
dengan banyak.
Pada zaman Dinasti Chin,
China yang berpecah-belah telah disatukan dan satu kerajaan pusat
ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah diperluaskan. Matlamat
ekonomi kerajaan zaman ini adalah memaksimakan pengeluaran melalui
pertanian, penternakan dan pengeluaran kain. Mereka yang tidak
terlibat dalam pekerjaan berguna, malas bekerja akan menjadi hamba.
Kerajaan Chin menggalakkan kemasukan imigran dan Timur untuk memberi
peluang kepada mereka membuka lebih banyak tanah pertanian bagi
meningkatkan keluaran negara.
Pada zaman Dinasti Han,
pengeluaran pertanian terus meningkat dengan pesat. Alat pertanian
besi telah digunakan, sistem pengairan dan terusan diperluaskan.
Tekstil terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai kualiti
yang tinggi.
Pada zaman Tiga Kerajaan,
Kerajaan Wei yang terletak di Utara China berusaha untuk memulihkan
ekonomi yang musnah. Kerajaan Shu pula maju dalam pertanian
disebabkan Lembah Chengtu yang diairi dengan baik dan subur, manakala
Kerajaan Wu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Yangtze yang
subur yang sesuai bagi pertanian.
Pada zaman Dinasti Tang,
banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini menyebabkan pertambahan
pengeluaran hasil pertanian malah kawasan pertanian baru telah dibuka
khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya, pertanian telah diusahakan
secara besar-besaran. Kemajuan dalam bidang pertanian turut
mempengaruhi kemajuan dalam industri kraftangan seperti sutera,
kertas dan porselin.
Pada
zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di kawasan luar
bandar negara China. Kaedah pertanian baru dan permulaan tanaman padi
2 musim yang dipinjam dan Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru
seperti jagung India, ubi kentang manis dan kekacang telah
diperkenalkan. Kerajaan Ming juga
memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang besar begitu juga
dengan penggunaan baju. Ksemuanya ini membawa kepada peningkatan
pengeluaran hasil pertanian dan menggalakkan lagi penanaman secara
komersil.
Pada zaman Ching,
pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat pada zaman
pemerintahan Maharaja Kang-hsi. Pengeluaran pertanian dengan
peningkatan dalam kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian secara
komersil menjadi salah satu ciri ekonomi yang penting pada zaman ini.
Sebagai kesimpulan,
dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan pada pelbagai zaman berjaya
merangsangkan ekonomi sara diri berkembang menjadi ekonomi komersil
dimana tingkat pengeluaran telah meningkat berlipat-ganda dan hasil
yang berlebihan dapat dijual kepada orang lain. Hal ini kemudian
telah mewujudkan kegiatan perdagangan di negara China.
Sistem Ekonomi
Perdagangan
Kegiatan perdagangan telah
mula wujud sejak Dinasti Shang dengan menggunakan kulit siput
sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus berkembang pada
zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai
meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan
pedagang-pedagang prominen yang melabur keuntungan mereka khususnya
dalam tanah berperanan mengutip cukai. Tetapi golongan ini
didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki
tempat paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih
(bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang (pedagang).
Selepas zaman Chou,
kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat dilihat pada zaman
Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini adalah banyak
sekali.
Pada zaman Dinasti Han
pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan dan garam telah
membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing.
Selepas Dinasti Han,
negara China sekali lagi menjadi huru-hara. Peperangan sering berlaku
dan ini tidak menggalakkan kegiatan perdagangan. Sehinggalah Dinasti
Tang, negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan politik menjadi
stabil kembali. Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan
kraftangan telah membawa kepada kemajuan perdagangan domestik yang
dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem pos
baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota. Perdagangan
dengan orang asing juga berkembang pesat tetapi berada di bawah
pengawasan orang asing. Terdapat banyak koloni pedagang asing bukan
sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain.
Selepas kejatuhan Dinasti
Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5 dinasti dan sepuluh
kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam perindustrian dan
perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga dan besi
dihasilkan. Selain itu, banyak bandar baru dan pusat perdagangan
telah muncul.
Pada zaman pemerintahan
Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi perdagangan
asing ini tetap terletak di bawh penguasaan pedagang asing khususnya
orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar
keuntungan cari China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang
negara yang memburukan lagi keadaan ekonomi.
Pada
zaman Dinasti Ming pula, pusat perkembangan ekonomi adalah Lembah
Yangtze. Kemajuan industri seperti industri tekstil di Soochow
dan Sungkiang telah memajukan lagi kegiatan perdagangan.











No comments:
Post a Comment